 | Category: | Books | | Genre: | Romance | | Author: | Iejay Zakaria |
Terbitan : NB Kara Sdn Bhd Harga : RM 21.00 Halaman : 604
Seperti tajuk novel nie gak mmg byk sekali mod lagu dlm citer... mmg cam tgk movie hindustan aja... hehehhe... tapi apa2 pun enjoylah baca citer nie dgn telah si Aleya Putri, Idzham Iskandar a.k.a En. Perasan Bagus & Syed Akasyah... hish..hish...sian Am smpai bawa diri ke Canberra lah sambung belajar...
Mod Lagu: Koi Mil Gaya Percaya Pada Cinta - Akma Better Man - Robbie William Istimewa - Indigo Mungkinkah Nanti - Amy Mastura Lelaki Buaya Darat - Ratu Hero - Enrique Iglesias Possibility - Intoxicated Take Me To Your Heart - Michale Learns To Rock Aleya - Zahid Sesuatu Di Dalam Diri Mu - Elite Only Time - Enya Can't Fight The Moonlight - Leann Rimes Sayang-sayang - Aliff Aziz Sorry Seems To Be The Hardest Word - Blue feat Elton John Bila nak saksi - Spider Hurt -Christina 'arr-geli-lah' Have you ever - S Club 7 Tujhe Dekha To Cinta - Melly Goeslow Tercipta Untukmu - Ungu Ketulusan Hati - Anuar Zain When a woman loves a man - westlife Aku dan dirimu - Ari Lasso feat Bunga Citra Lestari Dealova - Once Sampai - KRU Pastikan - Siti Nurhaliza Hampir Ke Situ - Mendua When You tell me that you love me - Diana Ross Ceritera Cinta - Jacklyn Victor Thank god i found you - Mariah Carey Dear Lie - TLC Jangan Bersedih Lagi - Anuar Zain Semua untukmu - Anuar Zain Tak akan ada cinta yang lain - Titi Dj Bila Terasa Rindu - Dafi Itu Kamu - Estranged Gantung - Melly Goeslow Renungan Terakhir - Nora Tiada Lagi - Mayang Sari I will survive - Gloria Gaynor Akhir Rasa ini - Samsons Semusim - Marcel Mungkir Bahagia - Hazami Jikalau Aku - Ezlynn Suratan Atau Kebetulan - Kenny Remy Martin Bukan Diriku - Samsons Kisah tak sempurna - Samsons Rimas - The Fabulous Catz Kini - Rossa Hati Yang terpilih - Rossa Andai kutahu - Ungu Harapan - Fazli Zainal Aku bukan pilihan hatimu - Ungu Mimpi Yang tak sudah - Ibnor Reza Terlalu Cinta - Rossa Pelangi Petang - Sudirman Ku mohon - Sheila majid The last song - Hillary Duff
Sinopsis
Idzham dan Aleya tak ubah seperti anjing dan kucing. Pantang bertemu, ada sahaja 'ayat-ayat manis' yang dihamburkan. Perseteruan mereka bagaikan tiada akan habisnya. Namun siapa menyangka 'musuh' tradisi itu akhirnya tewas oleh panahan arjuna. 'Sleeping Beauty' itu berjaya dijinakkan oleh 'Encik Perasan Bagus' dengan cara yang begitu mengujakan.
Tika bersama meniti dan membilang hari bahagia, ketika lagu-lagu cinta sentiasa memenuhi ruang hati, Idzham hilang menyepikan diri. Keindahan cinta yang membara bertukar malap dengan tiba-tiba. Aleya tertanya-tanya di mana silapnya? Akan musnahkah lagu-lagu cintanya?
Sedikit sedutan dari novel nie :
Esoknya sebaik sahaja Idzham keluar dari bilik mesyuarat selepas habis berbincang dengan pelanggan firmanya, dia menerima pesanan daripada penyambut tetamu pejabatnya yang mengatakan ada hadiah untuknya di lobi pejabat. Hadiah tersebut dibiarkan di situ kerana terlalu berat untuk diangkat ke biliknya di tingkat atas.
Sesampai sahaja di lobi dia sendiri terkejut melihat sebuah kotak hadiah yang begitu besar dan berbalut cantik elok terletak berhadapan dengan meja penyambut tetamu pejabatnya.
Juga ada sekalung bunga malai terletak diaatas kotak tersebut berserta dengan sekeping kad. Bunga malai? Kenapa pula disertakan bunga malai? Setahu dia bunga tersebut sinonim dengan masyarakat India sahaja kerana selalu digunakan untuk acara keagamaan mereka. Kemudiannya, apabila dibuka kotak tersebut bertambah terkejut dia melihat isi di dalamnya. Tayar??? lalu segera dibukanya kad yang disertakan. Tertulis di dalam kad tersebut...
Didedikasikan khas buat Encik Idzham a.k.a. Encik Perasan Bagus,
Seperti yang diminta, saya pulangkan semula tayar awak. Saya siap gilap sampai berkilat-kilat lagi. Terima kasih kerana menolong saya semalam. Bunga malai itu sebagai tanda keikhlasan saya membalas jasa awak yang 'IKHLAS pada saya semalam'. Kotak yang disertakan tu juga 'IKHLAS' saya beri. Simpanlah kotak ini sebagai kenang-kenangan. Bersusah payah saya mencari kotak yang boleh muat tayar awak ni dan membalutnya cantik-cantik. Saya AMAT menghargai jasa awak pada saya semalam.
Saya yang tahu mengenang jasa, Aleya Putri
Saat habis membaca kartu itu, Idzham rasa macam hendak tergelak sambil berguling-guling atas permaidani di ruang hadapan firmanya itu. Aleya... Oh... Aleya!
ANEKDOT: Lepaklah dgr lagu nie...
Sayang - Ajai feat Marsha
la la… ku sayang kamu… la la memang ku cinta… la la la la…..
ku taruh hati ku pada bicara tentang cinta kau mungkin pun tahu kata hati mu
aku cuba menghalang tapi ku tak terdaya kasih namun sayang yang hadir membawa sinar
lena aku didalam pelukkan mu ku tak pernah rasa cintamu sebegini bisakah terus begini pertahankan cintaku
kata hati jangan lepaskan cinta kerna kita seharuslah hidup bersama biar badai datang melanda cinta tak akan goyang
rasa akan tentukan kesetian hati ini kita terus bergini hingga akhirnya… ohh…
memang ku cinta ku sayang kamu
aku cinta ku sayang padamu..   | tak paham tang mod lagu tu..siap ada lagu hindustan yang tak tahan tu..muahua..hua..hua..!! :P |
 | betul...betul...betul... tu Didi setuju citer lama lagi besh dari yg sekrg ni |
 | hmm.. tak sangka adik2 akak ni terror jugak bab citer hindustan... hahaha... |
 | true... citer2 skarang kebanyakannye very easy to forget... tak cam dulu2 tu.. salman khan tak brape minat.. amir khan only dlm citer MAAN... shahrukh khan >>> mmg familynye favourite. :-) btw, ape tajuk lagu part nenek main piano dlm citer Maan?? kakti dah lupe la... |
 | tulah K. Ti org dah kata kalu mamat artik dah overboard angau mcm melayang atas angin, silap2 boleh kata kepala dia terhantuk kat gunung... gunung mana ari tu k. Ti kata? kat gunung ledang.... ngeh...ngeh...ngeh... |
 | faeizad wrote on Mar 23, '09, edited on Mar 23, '09 tulah K. Ti org dah kata kalu mamat artik dah overboard angau mcm melayang atas angin, silap2 boleh kata kepala dia terhantuk kat gunung... gunung mana ari tu k. Ti kata? kat gunung ledang.... ngeh...ngeh...ngeh...  kenapekan daku merasakan seperti diriku diperkotak katikkan disitu..huhu.. |
 | jap lagi..lagu hiritik roshan pun besh gak..: 1-kal ho na pyar hai 2-dil ne pukara 3-chamak ti sham hai 4-chandi sitare 5-haila haila banyak lagi la..habis den blander topic ni..muahua..hua..hua..!!! :P
|
Comment deleted at the request of the author.
 | adik dah watch VIVAH >> Shahid Kapoor & Amrita Rao? lagunye not bad la.... |
 | ada lagi ker citer hindustan yg besh sekrg nih.... hahahaha dah lama tak layan |
 | Puteri... terima kasih kerana sudi baca LC dan terima kasih juga atas review ini :) |
| |